Lokasi kami ialah berdekatan dengan pintu belakang Kompleks Kota Darulnaim(SUK) di Jalan Sultanah Zainab, Kampung Sireh dan hanya 10 minit untuk ke tempat-tempat seperti Tesco dan KB Mall.
Asrama KES dapat menampung seramai 150 orang pada satu masa dan terbahagi kepada 7 bilik iaitu Cempaka, Kenanga, Melor, Tanjong, Mawar, Kemboja dan Dahlia yang menggunakan kipas angin dan katil berbentuk ‘double decker’.Bilik mandi dan tandas terletak di dalam bilik penginapan kecuali bilik Mawar.